Kecederaan semasa bekerja

Kemalangan di stadium bola sepak.

Kecederaan semasa bekerja atau kecerdaan pekerjaan ialah kecederaan mana-mana anggota badan akibat bekerja. Organ yang paling biasa terlibat ialah tulang belakang, tangan, kepala, paru-paru, mata, rangka, dan kulit. Kecederaan pekerjaan boleh berpunca daripada pendedahan kepada bahaya pekerjaan (fizikal, kimia, biologi atau psikososial), seperti suhu, bunyi bising, gigitan serangga atau haiwan, patogen bawaan darah, aerosol, bahan kimia berbahaya, sinaran dan kelesuan. Walaupun banyak kaedah pencegahan yang telah ditetapkan, kecederaan mungkin masih berlaku disebabkan oleh ergonomik yang lemah, pengendalian beban berat secara manual, penyalahgunaan atau kegagalan peralatan, pendedahan kepada bahaya dan latihan keselamatan yang tidak mencukupi.[1]

  1. ^ "Hazards & Exposures". Centers for Disease Control and Prevention. Dicapai pada 2016-07-07.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search